Carian
Markah Penanda Aras Menunjukkan Dimensity 9000 Mampu Bersaing Dengan Apple 15 Bionic
March 14, 2022 Effi Saharudin

Dimensity 9000 ialah cip mercu dari MediaTek yang ingin memberikan persaingan kepada Snapdragon 8 Gen 1, Exynos 2200 dan A15 Bionic pada peranti yang dikeluarkan tahun 2022. Selama ini MediaTek dilihat sebagai pengeluar cip kelas kedua dengan produk mereka tidak mampu bersaing dengan produk Qualcomm, Apple dan Samsung.

Tetapi markah penanda aras aplikasi Geekbench 5 yang dikongsi oleh Ice Universe menunjukkan Dimensity 9000 sebenarnya lebih berkuasa berbanding Snapdragon 8 Gen 1 dan hampir setanding dengan Apple 15 Bionic. Markahnya hanya sedikit lebih rendah berbanding A15 Bionic.

Kemampuan ini sekiranya benar akan membuatkan peranti Dimensity 9000 yang dijual pada harga lebih mampu milik mampu memintas peranti lebih premium dengan Snapdragon 8 Gen 1. Setakat ini hanya Oppo X5 Pro Dimensity Edition menggunakan cip ini Redmi K50 menyusul pada 17 Mac kelak.

[sumbr] Sumber – @UniverseIce [/sumber]

Komen