Kuo : Tiada Lagi iPhone Mini, Apple Ganti Dengan iPhone Max Dengan Skrin 6.7-inci

Diterbitkan pada Mac 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah memperkenalkan siri iPhone Mini sejak dua tahun lepas. Namun, untuk tahun ini, Apple dilihat tidak akan meneruskan penawaran telefon bersaiz kompak mereka.

Menurut Ming-Chi Kuo, Apple akan memasarkan iPhone 14 Max sebagai ganti untuk iPhone Mini pada tahun ini. Ini bermakna, Apple menggantikan penawaran dengan skrin bersaiz besar pada tahun ini – dan mematikan penawaran peranti berskrin kecil.

iPhone 13 Pro

Menariknya, Apple dilihat akan selarikan saiz skrin antara siri iPhone 14 dan juga iPhone 14 Pro.

Model asas iPhone 14 dan iPhone 14 Pro hadir dengan skrin 6.1-inci, sementara iPhone 14 Max dan iPhone 14 Pro Max pula akan menggunakan skrin 6.7-inci.

Sebelum ini, kami turut telah melaporkan desas-desus mengatakan hanya siri iPhone 14 Pro akan menggunakan cip A16 terbaru, sementara siri iPhone 14 akan kekal menggunakan cip A15 sedia ada.

komen


© Amanz / 2022 Kami