Xiaomi Buds 3T Pro Akan Dilengkapi Pembatalan Hingar Aktif, Ketahanan Bateri Mencapai 24 Jam

Diterbitkan pada Mac 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu, hari ini. Antara produk yang bakal diumumkan adalah siri Xiaomi 12 dan Xiaomi Watch S1 Active. Pada masa sama, turut juga kedengaran mengenai pengenalan untuk aksesori audio baharu-nya iaitu Xiaomi Buds 3T Pro.

Menjelang beberapa jam sebelum pelancaran rasmi, rekaan dan spesifikasi aksesori audio ini didapati tertiris menerusi satu kedai atas talian. Ia menunjukkan Xiaomi Buds 3T Pro dalam kemasan bewarna putih. Ia juga adalah set fon telinga nirwayar sejenis dalam telinga lengkap dengan pod pengecas berbentuk segi bujur. Sekilas pandang, ia benar-benar menyerupai Xiaomi FlipBuds Pro bersama elemen produk Apple.

Pemandu audio adalah sebesar 10mm yang turut menyokong sistem pembatalan aktif. Ia dikhabarkan mampu mengurangkan hingar sehingga 40db untuk sokongan panggilan lebih baik. Bukan itu sahaja, bateri sebesar 480mAh turut digunakan dengan kebolehan ketahanan mencapai 24 jam bersama bantuan pod pengecas. Ia bagaimanapun berkurang kepada 6 jam untuk penggunaan sendiri tanpa sokongan ANC. Kedua-duanya adalah bergantung kepada keadaan main balik dan seperti kelantangan audio.

Tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi sokongan bluetooth 5.2, di samping turut sama menyokong ciri tambahan lain seperti kawalan menggunakan suara, audio spatial, mod transparensi, mod permainan, LHDC 4.0 coded dan pelindungan IP55. Tiada senarai harga jualan yang ditunjukkan tetapi ia dijangka dijual pad EUR127.56 (~RM590).

Sumber : Gretecno

komen


© Amanz / 2022 Kami