SKMM Buka 20 Kertas Siasatan Lanjutan Audit Kualiti Perkhidmatan Telekomunikasi – Celcom Dan Unifi Mobile DIkompaun

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, kini menyatakan SKMM telah membuka 20 kertas siasatan terhadap penyedia perkhidmatan telekomunikasi – lanjutan daripada audit pengukuran kualiti perkhidmatan yang dijalankan sepanjang tahun 2021 lepas.

Setakat ini, sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan kepada syarikat telekomunikasi yang tidak mencapai piawaian ditetapkan. Ini termasuk terhadap Celcom kerana gagal mencapai piawaian di Sabah, sementara Unifi Mobile di Melaka dan Pahang.

Untuk tahun ini, aktiviti audit berkenaan akan diperluaskan lagi dengan sebanyak 3000 lokasi di seluruh negara, termasuk lokasi yang menerima aduan liputan.

Bagi para pengguna, anda boleh menyalurkan aduan berkaitan syarikat dan perkhidmatan telekomunikasi anda melalui aplikasi Jendela atau laman rasmi SKMM.

komen


© Amanz / 2022 Kami