KFC Jepun Hadir Dengan Powerbank Berbentuk Colonel Sanders

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barangan elektronik atau gajet di Jepun banyak yang menarik, unik atau tidak terkejut jika lihat ada juga yang aneh. Jepun merupakan negara yang penuh dengan teknologi canggih, lihat sahaja kedai serbaneka 7-Eleven di sana – mereka menggunakan terminal pembayaran hologram untuk kurangkan sentuhan kerana Covid-19.

Terkini di KFC Jepun, satu produk aneh telah diperkenalkan. Ia adalah powerbank yang digelar sebagai Colonel Mobile Battery. Powerbank ini hadir dengan rekabentuk pengasas KFC iaitu Colonel Sanders. Ia bukanlah sebuah powerbank yang mudah-alih kerana tinggi powerbank ini mencapai 35 sm dan lebar sehingga 12.5 sm.

Powerbank ini dikatakan dicat dengan tangan oleh artis berpengalaman dan mengambil masa selama dua minggu untuk siap. Ia juga tidak akan dijual, sebaliknya akan diberikan secara percuma kepada pelanggan KFC di Jepun yang bertuah. Powerbank ini dihasilkan bersempena ulang tahun ke-52 cawangan ujian KFC pertama di Osaka World’s Fair 1970 dan juga untuk kempen “Shout Your Love for Kentucky Fried Chicken”.

Sumber: KFC Jepun

komen


© Amanz / 2022 Kami