7-Eleven Di Jepun Mula Menguji Terminal Pembayaran Hologram

Diterbitkan pada Jan 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Jepun, pelbagai sistem teknologi canggih seakan filem sains fiksyen telah digunakan. Contohnya Air Touch Panel sebagai sistem paparan skrin sesentuh nirsentuh atau juga butang hologram untuk mengurangkan sentuhan ketika di tandas dan banyak lagi.

Bercakap mengenai hologram dan sentuhan, ketika pandemik ini banyak premis yang mempunyai mesin, skrin, butang yang perlu disentuh perlu kerap dibersihkan bagi mematuhi SOP. Namun adakah ia benar dilakukan, itu tidak pasti. Tetapi apa yang pasti perkara ini meningkatkan kos operasi.

7-Eleven di Jepun baru-baru ini cuba menyelesaikan masalah ini dengan menggantikan sistem pembayaran kendiri dengan terminal pembayaran hologram. Terminal ini mampu memancarkan imej seakan skrin yang membolehkan pengguna berinteraksi dan sentuh seakan skrin sebenar.

Terminal ini bukan sahaja memudahkan lagi semua orang kurangkan sentuhan ketika pandemik, tetapi premis 7-Eleven turut dapat mengurangkan 30% penggunaan ruang kerana terminal ini bersaiz lebih kecil. Secara tidak langsung kedai boleh menambah lebih banyak produk untuk dijual.

Terminal ini juga hanya menyokong pembayaran nirtunai seperti kod QR, dompet digital atau kad-kredit. 7-Eleven akan memulakan ujian ini di enam cawangan terpilih di sekitar Tokyo, Jepun bermula Februari nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami