Winamp Turut Menyertai Arena NFT – Akan Menjual “Winamp Skin”

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Winamp merupakan salah satu pemain media yang popular dikalangan ramai pengguna sekitar dua dekad yang lepas. Ia hadir dengan fokus terhadap kawalan audio, selain turut memberikan pilihan sejumlah Winamp Skin untuk membolehkan anda memilih rekaan pemain media mengikut citarasa anda.

Terbaru, Winamp mengumumkan mereka akan mula menawarkan Winamp Skin ini sebagai NFT – sekaligus membolehkan anda menyimpan nostalgia pemain audio berkenaan.

Winamp akan menawarkan NFT mereka ini bermula 16 Mei kelak dalam bentuk lelongan untuk Winamp Skin asal. Disamping itu, meereka turut akan memilih sekitar 20 hasil kerja orang lain berasaskan Winamp Skin ini – dan menyumbang sebahagian dana ke Winamp Foundation.

Dengan langkah ini, ia dilihat pelbagai jenama kini turut melihat kepada arena NFT. Sebelum ini, sebuah laman dagangan NFT telah dikatakan akan hadir, menggunakan nama LimeWire.

komen


© Amanz / 2022 Kami