Cari @ Amanz

Moderna Memulakan Ujian Klinikal Untuk Tiga Vaksin HIV

Link Copied!

Moderna mengumumkan mereka telah memulakan ujian klinikal fasa 1 untuk tiga jenis vaksin HIV hari ini. Ketiga-tiga calon vaksin ni dihasilkan menerusi teknologi mRNA yang terbukti berkesan pada vaksin Covid-19 yang telah digunakan setakat ini.

Dalam fasa pertama, 100 peserta sihat akan menerima tiga dos vaksin dalam tempoh enam bulan. Saintis Moderna kemudian akan memantau peserta selama 10 bulan bagi melihat sama ada vaksin mendatangkan kesan negatif ke atas tubuh. Tubuh akan diberikan arahan untuk melatih sel naif imun B menghasilkan antibodi meneutralkan secara meluas (bnAbs).

Ujian fasa pertama dijangka berakhir pada pertengahan 2023. Berdasarkan data, ujian klinikal fasa kedua akan diteruskan menggunakan calon vaksin yang memberikan keputusan yang terbaik. Sebelum ini beberapa calon vaksin HIV dibangunkan tetapi tidak berjaya. Teknologi mRNA mempunyai peluang lebih cera untuk berjaya. Selain vaksin HIV, Moderna juga sedang membangunkan vaksin untuk kanser, caca air dan herpes.


Komen ()