Huawei tidak boleh menjual peranti 5G sejak lebih setahun lalu kerana penggunaan teknologi yang dipegang oleh syarikat A.S. Oleh itu kesemua peranti mereka hanya mampu menyokong rangkaian 4G walaupun menggunakan cip yang sepatutnya membawa sokongan 5G. Tetapi bagi pembeli peranti 4G sedia ada, mereka mungkin akan membawakan sokongan 5G menerusi kerangka khas.

Rekaan kerangka 5G Huawei telah tertiris ke laman Weibo. Berdasarkan lubang kamera di belakang kerangka, ia mungkin adalah untuk siri P50 yang dilancarkan tahun lalu. Masih tidak diketahui bagaimana kerangka ini akan berfungsi tetapi sebelum 5G disokong secara meluas, Motorola ada menawarkan Moto Mod 5G menerusi aksesori khas.
- Sumber
- Sumber – Gizmochina