Cari @ Amanz

Telekom Malaysia kini mengalu-alukan keputusan kerajaan dalam meneruskan kaedah penyedia borong tunggal untuk rangkaian 5G di Malaysia. TM mengatakan dengan langkah ini, ia menawarkan Malaysia yang lebih inklusif.

TM juga mengatakan, ini akan membolehkan syarikat telekomunikasi untuk melabur dan membangunkan penyelesaian serta produk 5G untuk pengguna.

Sementara DNB pula boleh memfokuskan kepada pembangunan rangkaian dan infrastruktur.

TM turut menekankan mereka akan menawarkan sokongan fiber untuk DNB, seperti telah dipersetujui pada 16 Disember 2021 lepas.

TM DNB

TM sebelum ini sedia mengumumkan kerjasama dengan pihak DNB untuk penawaran rangkaian 5G melalui Unifi Mobile – namun menangguhkan pengenalan perkhidmatan 5G untuk pengguna Unifi Mobile sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd