Pengguna Siri Samsung Galaxy S22 Di Malaysia Kini Boleh Memuat Turun Kemaskini Mematikan GOS

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari ini CEO Samsung memohon maaf kepada pengguna kerana peranti siri Galaxy S didapati menggunakan perisian Game Optimizing Service (GOS) yang menyekat prestasi CPU serta GPU lebih 10,000 aplikasi atas sebab pengoptimasian bateri. Hari ini pengguna peranti siri Galaxy S22 sudah boleh memuat turun kemas kini yang memberikan kuasa kepada mereka untuk mematikan GOS sekiranya diperlukan.

Saiz kemas kini ialah 469.40 MB secara OTA. Selain pilihan untuk menyahaktifkan GOS, tampalan sekuriti terkini, penambahbaiukan aplikasi kamera dan peranti juga diberikan bagi memastikan operasi lebih stabil. Aplikasi PenUp, Calculator, Galaxy Wearable, SmartThings, Samsung Internet, Smart Switch, Voice Recorder, Samsung Member dan Samsung Heath turut dikemaskini ke versi paling terkini.

komen


© Amanz / 2022 Kami