Cari @ Amanz

CEO Samsung Jong-Hee Han telah memohon maaf kepada pemilik telefon pintar Samsung kerana syarikat meletakkan perisian Game Optimization Service (GOS). GOS ialah perisian yang menggunakan algoritma untuk mengehadkan prestasi CPU serta GPU peranti bagi mengawal penggunaan bateri serta pengeluaran haba.

Sungguhpun begitu GOS didapati tidak pula mengurangkan prestasi cip apabila menjalankan aplikasi penanda aras sehingga Samsung dituduh berbohong kepada pemilik tentang prestasi sebenar peranti. Akibatnya peranti siri Galaxy S10, Galaxy S20, Galaxy S21 dan Galaxy S22 telah dibuang dari laman penanda aras Geekbench. Bagi menyelesaikan isu ini, Samsung telahpun mengeluarkan kemas kini kepada pengguna di Korea Selatan yang membolehkan GOS dimatikan.

  • Sumber
Sumber – The Elec
  • Sumber

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd