Carian
Mac Studio Terbaharu – Direka Apple Di California, Dibuat Di Malaysia
March 18, 2022 Aman

Apple telah pun memperkenalkan Mac Studio terbaru beberapa minggu lepas, dimana ia hadir dengan cip pemprsesan berkuasa sehingga Apple M1 Ultra dalam menawarkan prestasi 80% lebih tinggi berbanding MacBook Pro.

Secara kasar, ia boleh dikatakan versi Mac Mini yang ditambah dengan sejumlah ciri-ciri dan prestasi tinggi, sekaligus menjadikannya lebih tebal berbanding Mac Mini. Namun, salah satu persamaan yang dibawakan pada Mac Studio terbaru dan Mac Mini adalah kedua-duanya dibuat di Malaysia.

Seperti biasa, produk berkenaan direka oleh Apple di California, tetapi ia dihasilkan di Malaysia. Jikalau mengikut Mac Mini sebelum ini, hanya sebahagian model dihasilkan di Malaysia, dan sebahagian lagi adalah di China.

Di Malaysia, Mac Studio ditawarkan pada harga bermula RM8799, dan hadir dengan variasi berasaskan cip Apple M1 Max atau M1 Ultra.

Komen