Redmi Note 12 Dikhabarkan Akan Dijenamakan Semula Sebagai Peranti Poco

Diterbitkan pada Mac 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bukan lagi satu perkara asing peranti Redmi di China dilancarkan sebagai peranti Poco untuk pasaran global. Redmi K40 menjadi Poco F3 dan yang baru-baru ini, Redmi Note 11 Pro menjadi Poco X4 Pro tetapi dengan rekaan modul kamera sedikit berlainan.

Akan datang, Poco akan hadir dengan beberapa lagi peranti baru. Di India telah tersenarai peranti dengan nombor model 22041216UG dan 22041216G yang dikatakan merujuk kepada dua peranti Poco yang bakal dilancarkan. Akan tetapi nombor-nombor model ini dikhabarkan turut digunakan pada peranti dalam siri Redmi Note 12.

Ini bermakna, kelak di China apabila Redmi Note 12 dilancarkan ia bukan sahaja akan dilancarkan ke pasaran global sebagai peranti sama – tetapi mungkin juga dilancarkan sebagai peranti Poco. Dengan Redmi menyasarkan untuk melancarkan dua kali setahun, ia akan menjadikan lebih lambakan peranti di pasaran dan untuk mengembangkan jualannya, tidak terkejut jika pasaran Malaysia akan menerima dua model pilihan satu Redmi Note 12 dan satu lagi mungkin Poco X5?

Sumber: Mukul Sharma

komen


© Amanz / 2022 Kami