Carian
iPhone 13 Berwarna Hijau Turut Boleh Dipra-Tempah Bermula Hari Ini
March 18, 2022 Aman

Disamping penawaran iPhone SE 5G yang terbaru dalam bentuk pra-tempahan untuk pengguna Malaysia, kini Apple juga turut telah membuka pra-tempahan untuk iPhone 13 dan iPhone 13 Pro berwarna hijau.

Pengenalan model baru ini adalah hanya menawarkan perbezaan dari segi warna luaran sahaja – sementara pelbagai spesifikasi yang ditawarkan adalah sama seperti model iPhone 13 dan iPhone 13 Pro yang lain.

Seperti iPhone SE baharu, ia juga turut dijana cip Apple A15 Bionic dan menyokong rangkaian 5G, tetapi turut hadir dengan sokongan kamera yang berkuasa.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan iPhone 13 berwarna hijau ini melalui laman rasmi Apple, atau di Shopee hari ini.

Komen