Redmi AirDots 3 Pro Genshin Impact Special Edition Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Mac 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan Mei yang lalu, Redmi AirDots 3 Pro telah diumumkan secara rasmi. Ia hadir dengan tiga mikrofon terbina yang berkualiti bersama pembatalan hingar aktif cukup baik. Ia juga menawarkan rekaan yang ringkas, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja untuk penuhi tugasan harian kebanyakan pengguna.

Terbaharu, Redmi AirDots 3 Pro Genshin Impact Special Edition telah diumumkan sebagai satu lagi pilihan baharu yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Ia lengkap dengan kemasan berwarna merah yang bertemakan watak Klee di dalam permainan berkenaan. Tema berkenaan tidak hanya terhad kepada kotak pembungkusan sahaja, sebaliknya perubahan turut dilakukan pada aspek kemasan luaran dan kesan audio yang boleh disesuaikan.

Lebih menarik, pembelian fon telinga edisi istimewa ini turut disertakan dengan sejumlah aksesori menarik. Ianya terdiri dengan buku nota dan beg galas kecil berwarna merah yang memiliki gaya koleksi seumpama Klee. Bagaimanapun, tiada perubahan yang dibuat untuk spesifikasi dalaman fon telinga ini.

Di China, Redmi AirDots 3 Pro Genshin Impact Special Edition dijual pada harga RMB399 (~RM264) untuk seunit. Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya di pasaran luar yang diketahui buat setakat ini.

Sumber : Gizmochina

komen


© Amanz / 2022 Kami