Cari @ Amanz

Dikemaskini 25 Mac 2022: Dalam artikel yang sama Google kongsi mengenai kemaskini Android TV 12 ini, Google telah menarik kembali yang kemaskini ini akan diedarkan pada awal tahun 2022. Sebaliknya kini, ia hanya akan tiba pada lewat tahun 2022.


Android TV walaupun sejak kebelakangan ini sudah semakin baik dalam pengedaran kemaskini, ia bukanlah sistem operasi TV terbaik untuk menjaga peranti-peranti mereka. Google TV juga masih lagi perlahan dalam pengedarannya.

Untuk Android TV 12, ia adalah antara kemaskini yang ramai nantikan dan boleh dikatakan antara yang penting untuk peranti-peranti Android TV. Ia diperkenalkan sejak Disember 2021 untuk pembangun dan terkini Google ada maklumkan sesuatu yang menarik.

Menurut Google, Android TV 12 akan tiba seawal tahun ini untuk semua televisyen yang menyokong ciri-ciri penting yang ditawarkan. Pembangun dijemput untuk mula menguji dan menilai aplikasi masing-masing.

Android TV 12 akan menawarkan sokongan antaramuka 4K secara natif, mampu paparkan grafik lebih tinggi, menyokong lebih banyak format video, indikasi privasi apabila mikrofon dan kamera sedang aktif serta paparan kadar segar semula tinggi adaptif. Jika TV menyokong HDMI 2.1 dengan VRR, Android TV 12 akan lebih mesra dengannya.

Fokus utama buat masa ini adalah TV, tidak pasti jika akan ada dongel atau kotak set akan menawarkan sistem operasi ini pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd