Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun lepas, Bitdefender mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran Bitdefender versi percuma kepada semua pengguna, dan tiada muat-turun baharu bermula Disember 2021.

Kini, selepas sekitar tiga bulan, Bitdefender nampaknya beralih kembali, dan telah memperkenalkan kembali penawaran antivirus percuma.

Dinamakan sebagai Bitdefender Antivirus Free for Windows, ia dibangunkan kembali dari kosong untuk meliputi persekitaran moden pada hari ini. Ia juga kini dikatakan menawarkan perlindungan terhadap pelbagai ancaman sekuriti moden. Seperti biasa, pengguna boleh mendapatkan ciri lebih menyeluruh melalui penawaran berbayar mereka.

Apa pun, bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, dan inginkan antivirus percuma daripada Bitdefender, boleh memuat-turun Bitdefender Antivirus Free for Windows hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd