Dron Boeing Loyal Wingman dibangunkan sejak tiga tahun lalu bagi memenuhi keperluan Australia. Ia mempunyai kemampuan menjadi pesawat pengiring kepada pesawat pejuang dengan juruterbang manusia bagi memenuhi keperluan di medan tempong. Sebagai persediaan untuk ia memulakan operasi secara rasmi, Loyal Wingman kini menggunakan nama rasmi Boeing MQ-28A Ghost Bat.

Nama Ghost Bat dipilih kerana merupakan spesis kelawar tempatan bagi menunjukkan dron direka khusus untuk kegunaan serta menggunakan kepakaran pengeluaran tempatan. Ghost Bat ialah mamalia yang memburu makanan secara berkumpulan yang menyamai kemampuan dron.

Sepanjang 2022, fokus akan diberikan oleh Boeing untuk meningkatkan kemampuan sensor dan melakukan misi bagi memenuhi keperluan Tentera Udara Australia (RAAF). Australia akan menjadi negara terawal menggunakan dron pengiring yang bekerjasama dengan pesawat pejuang. Amerika Syarikat masih dalam peringkat awal program Skyborg dengan kemampuan serupa.