Di Malaysia amaran mengenai risiko menghisap rokok dicetak pada kotak dengan gambar mengerikan turut dipaparkan dengan harapan akan membuatkan pembeli berfikir dua kali. Tetapi setakat ini taktik menakutkan ini tidak begitu berkesan. Dengan merokok menyumbang kepada pelbagai penyakit berangkai, kerajaan UK ingin mengambil langkah lebih drastik mencetak amarah terus pada batang rokok.

Setiap batang rokok akan mempunyai amaran seperti “rokok menyebabkan kanser”, “dapatkan bantuan doktor untuk berhenti”, “rokok mendatangkan kesan kepada anak-anak”, dan banyak lagi untuk menggalakkan perokok berhenti. Cadangan mencetak amaran terus pada rokok telahpun diberikan sejak 1979 tetapi hanya kini mendapat sokongan lebih ramai ahli parlimen bagi mengurangkan lagi jumlah perokok.
Selain itu UK juga sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan terus pembelian rokok kepada individu bawah umur 25 tahun. Ia sama seperti yang telah dilakukan oleh New Zealand dan juga mungkin akan dikuatkuasakan di Malaysia.
Sebagai bekas perokok, saya boleh katakan kesemua label yang digunakan gagal membuatkan saya berhenti merokok kerana ketagihan lebih tinggi dari perasan takut.