Xiaomi 12 Lite Dijangka Hadir Dengan Skrin Bersaiz Lebih Besar, Snapdragon 778G+

Diterbitkan pada Mac 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi 12 Lite telah tertiris dalam beberapa imej pengolokan yang tular di arena web. Ia menunjukkan peranti mempunyai rekaan yang mirip dengan Xiaomi 12 sebelum ini. Ia dijangka menjadi penerus siri tersebut yang tertumpu kepada pengalaman seakan peranti mercu tetapi ditawarkan pada harga berpatutan.

Xiaomi 12

Terbaharu, timbul pula desas-desus baharu yang mendakwa peranti akan mempunyai skrin lebih besar iaitu 6.55-inci berbanding Xiaomi 12 sebelum ini. Paparan seterusnya adalah sejenis melengkung pada kedua-dua sisi dengan panel berteknologi OLED dan resolusi yang mencapai FHD+ (2400 x 1080 piksel). Sistem tri-kamera yang digunakan terdiri dengan sensor utama 64-Megapixel Samsung GW3, di samping dua lagi sensor yang tidak diketahui mengenai konfigurasinya.

Namun begitu, kedua-duanya menyokong lensa sejenis ultra-lebar dan makro. Pemproses pula adalah sejenis cip kelas pertengahan iaitu Snapdragon 778G+. Ini sahaja maklumat yang diketahui setakat ini dan tiada sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi peranti.

Sumber : Sparrownews

komen


© Amanz / 2022 Kami