Cari @ Amanz

Oppo Find X5 Pro sudah dilancarkan pada Februari lalu di China dengan pelancarannya masih menjadi tanda tanya di Malaysia. Dengan peranti sudah tiba ke tangan sebilangan kecil pemilik, Oppo memperkenalkan beberapa ciri baharu yang tidak diumumkan sebelum ini. Hari ini mereka memperkenalkan pula ciri baharu mengesan nadi tetapi unik kerana peranti perlu diletakkan di atas dada.

Degupan jantung dikesan oleh sensor IMU yang mengesan inertia pergerakan peranti di atas dada. Proses mengesan nadi dilakukan dalam masa 12-15 saat sahaja menerusi aplikasi OPPO Health. Pengguna turut boleh melakukan pengesanan nadi dengan memberi arahan kepada pembantu maya Breeno.

Sebelum ini Oppo memperkenalkan ciri mengesan kamera litar tertutup yang tersembunyi pada Find X5 Pro. Dengan pelbagai ciri tambahan, ia menjadikan peranti antara yang paling menarik di pasaran sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd