Cari @ Amanz

WhatsApp sejak tahun lepas lagi telah mula menguji ciri multi-peranti, di mana WhatsApp boleh digunakan pada banyak peranti serentak. Satu peranti adalah telefon dan satu lagi adalah WhatsApp desktop. Dengan ciri ini, walaupun telefon pengguna mati, di komputer WhatsApp masih boleh digunakan.

Terkini, WhatsApp akhirnya telah membuang status beta untuk multi-peranti. Kelak, semua pengguna WhatsApp akan terus boleh menggunakan ciri ini tanpa perlu menyertai mana-mana program beta. WhatsApp dilaporkan telah menganggap yang ciri ini sudah stabil dan pengguna beta sedia ada akan lihat tiada lagi perkataan beta dipaparkan dalam bahagian multi-peranti ini.

Tidak dinafikan yang ciri peranti terpaut untuk penggunaan multi-peranti WhatsApp ini bukan sempurna. Tetapi tidak bermakna WhatsApp berhenti membangunkan ciri ini. Mereka akan terus berusaha untuk menjadikan pengalaman penggunaan baik dan selamat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd