Apple Ingin Membolehkan Anda Melanggan iPhone – Bayar Bulanan Untuk Akses Ke iPhone

Diterbitkan pada Mac 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, ramai sedia selesa dengan perkhidmatan langganan. Tidak kira sama ada perkhidmatan penstriman, atau juga berkas langganan seperti Apple One yang menyediakan akses kepada sejumlah perkhidmatan awanan pada sebuah harga bulanan.

Kini, mengikut laporan awal, Apple dikatakan sedang melihat untuk hadir dengan pelan langganan peranti. Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan bayaran bulanan untuk mendapatkan akses kepada iPhone atau iPad.

Ini sekaligus akan mengurangkan kos untuk seseorang pengguna keluarkan bagi mendapatkan iPhone – tetapi pada masa yang sama mengikat mereka dengan penggunaan iPhone selepas itu.

Pengenalan ini juga dijangka akan memastikan Apple menjana pendapatan berulang setiap bulan – sekaligus memaksimakan lagi pendapatan, dan pada masa yang sama meramaikan lagi pengguna.

iPhone Kotak

Projek ini dikatakan masih pada peringkat pembangunan dan perancangan awal. Sekiranya berjalan lancar, ia mungkin diperkenalkan seawal penghujung 2022 atau pada tahun 2023 kelak.

Dan tidak mustahil untuk kita turut melihat ia diperluaskan ke produk lain seperti MacBook dan sebagainya sekiranya ia menerima permintaan tinggi.

Di Malaysia sendiri, pihak Maxis sedia melakukan penawaran lebih kurang sama melalui Maxis Zerolution. Selain itu, Google turut telah hadir dengan penawaran dinamakan Pixel Pass yang turut menawarkan pelan langganan peranti – tetapi terhad di Amerika Syarikat.

komen


© Amanz / 2022 Kami