Imej Konsep Nothing Phone (1) Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mac 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam Nothing mengumumkan telefon pertama mereka Phone (1) dan juga sistem operasi Nothing OS. Tetapi mengecewakan rekaan sebenar telefon pintar ini tidak pula didedahkan oleh Carl Pei. Menarik sekali timbul spekulasi sebenarnya rekaan peranti telahpun diacah cuma tidak disedari penonton.

Grafik yang diletakkan di belakang Carl Pei semasa pengumuman mungkin adalah rekaan panel belakang. Oleh itu sebuah imej konsep telah dikongsi oleh Ben Geskin menerusi akaun Twitter beliau. Sekiranya rekaan ini digunakan, Phone (1) akan menjadi antara peranti dengan rekaan paling menarik 2022 kerana panel lutsinar di belakang.

Ini meneruskan tema peranti Nothing yang lutsinar dan menjadikannya mirip Xiaomi 8 Explorer Edition yang dilancarkan empat tahun yang lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami