Carian
Samsung Galaxy A23 Hadir Ke Malaysia Pada Harga RM999, Galaxy A13 Pada Harga RM799
March 26, 2022 Aman

Dengan pengenalan beberapa telefon pintar baharu dibawah siri Galaxy A, kini Samsung Malaysia turut membawa masuk dua lagi peranti baharu dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A23 dan juga Galaxy A13.

Kedua-duanya adalah versi peranti 4G LTE, dimana masing-masing ditawarkan pada harga RM999 dan RM799.

Samsung Galaxy A23 hadir dengan skrin 6.6-inci, dijana cip Snapdragon 680, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 5000mmAh.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah empat kamera dibelakang dengan sensor utama 50MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Samsung Galaxy A13 pula hadir dengan skrin 6.6-inci, dijana cip Exynos 860, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri 5000mAh bersama dengannya.

Pada bahagian kamera, ia turut hadir dengan kamera utama 50MP dibelakang, selain kamera swafoto 8MP.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 12 dan antaramuka One UI 4.1.

Bagi anda yang berminat, boleh mnedapatkan Galaxy A23 pada harga RM999 dan Galaxy A13 pada harga RM799.

Komen