iPad Pro 2022 Mungkin Dijana Cip Apple M2 Dan Menyokong MagSafe

Diterbitkan pada Mac 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple tahun 2020 melakukan satu strategi yang agak aneh, iaitu melancarkan cip pemprosesan Apple A14 Bionic melalui iPad Air generasi keempat sebelum cip ini dilancarkan pada siri iPhone 12. Tahun ini, Apple dikhabarkan akan melancarkan cip siri M baharu iaitu Apple M2 yang dikatakan akan mempunyai prestasi gila melampau Рmungkin mencapai CPU 48-teras dan GPU 128-teras dengan M2 Extreme.

Menurut laporan daripada The Verge, Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro baharu dengan cip M2 pada tahun ini. Satu kemaskini yang ramai nantikan selepas kali terakhir ia diperkenalkan pada tahun lepas dengan cip M1 dan paparan mini-LED. iPad Pro baharu dengan cip Apple M2 ini dijangka akan dilancarkan pada September atau November 2022.

iPad Pro

Cip M2 pada iPad mungkin adalah variasi asas dengan CPU 10 teras dan GPU 10 teras. iPad Pro dengan cip M2 ini juga dijangka akan hadir dengan sokongan pengecsan nirwayar melalui MagSafe. Apa-apa pun ini adalah satu perkara yang menarik untuk melihat sebuah tablet dengan cip gila berkuasa. Cip M1 yang sedia ada pun sudah terlampau berkuasa, apatah lagi M2?

Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami