Elon Musk mungkin akan menjadi manusia pertama di dunia yang menjadi trilionwan seawal 2024. Dengan dominasi dalam industri kereta elektrik dan angkasa lepas, Musk mungkin akan kemudiannya menjadi nama besar dalam dunia media sosial pula selepas mengumumkan beliau berminat untuk memiliki platform sendiri.
Menerusi ciapan yang dihantar minggu lalu, Musk bertanyakan soalan sama ada platform media sosial seperti Twitter masih mengikuti prinsip kebebasan bersuara. Dalam undian yang dilakukan lebih 70% mengatakan tidak dan Musk kini berfikir untuk melancarkan platform sendiri.
Pasaran platform media sosial kini sudah agak tepu dengan percubaan platform seperti Gettr, Parler dan Truth Social oleh Donald Trump untuk menawarkan kebebasan bersuara belum berjaya menentang dominasi Meta. Musk sendiri pernah dihukum oleh SEC kerana ciapan Twitter yang dihantar mendatangkan kesan ke atas saham Tesla sebelum ini.