Cari @ Amanz

Instagram baru-baru ini telah membolehkan anda membalas sesuatu IG Stories melalui penggunaan butang “Like”, dan kini perkhidmatan perkongsian gambar dan video berkenaan dilihat akan menambah satu lagi ciri baharu.

Melalui kod pembangunan, Instagram dilihat akan membolehkan para pengguna membalas sesuatu Instagram Stories dengan menggunakan mesej suara.

Langkah akan memberikan alternatif berbanding perlu menaip untuk membalas – dan turut mengikut trend semasa, dimana lebih ramai selesa menggunakan suara untuk berkomunikasi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan perkenalkan ciri ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd