Realme Pad Mini Disahkan Akan Dilancarkan Di Filipina Dengan Skrin 8.7″

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rekaan Realme Pad Mini tertiris seminggu lalu sebagai tablet kompak pertama keluaran mereka. Kini Realme Pad Mini telah disahkan akan dilancarkan di Filipina terlebih dahulu dengan spesifikasi juga mula diketahui.

Peranti akan dilengkapi skrin 8.7″ dengan resolusi 1340 x 800 px, dijana cip Unisoc T616, memori sehingga 4GB RAM, storan sehingga 64GB dan bateri 6400 mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kamera utama 8MP dipadankan dengan kamera swafoto 5MP. Tiada tarikh bilakah tablet ini akan dilancarkan secara rasmi tetapi dengan imej acah dikongsi ia pasti tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami