Redmi 10 Kembali Dengan Sokongan 5G Dan Android 12

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi 10 adalah peranti yang dilancarkan pada Ogos tahun 20212 di Malaysia. Peranti ini adalah antara permulaan untuk peranti Redmi dengan memori serendah 4GB RAM tidak rasa bermasalah seperti sebelum ini. Ia juga boleh dikatakan antara peranti yang ngam-ngam elok untuk kegunaan PdPR.

Tahun 2022, Redmi 10 kembali lagi dengan nama baharu iaitu Redmi 10 5G dan sudah semestinya dalamannya juga adalah baru. Ia dilihat lebih berkuasa, hadir dengan rekaan baharu dan lebih segar untuk sebuah peranti Redmi.

Redmi 10 5G hadir dengan skrin 6.58″ FHD+ LCD dengan kadar segar semula 90Hz dan rekaan yang rata. Peranti ini dijana dengan cip Dimensity 700 yang dipadankan dengan pilihan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Peranti ini juga dilihat adalah satu-satunya peranti Redmi baharu yang terus hadir dengan Android 12 dengan MIUI 13, peranti lain masih lagi Android 11.

Untuk kamera, sensor 50MP dan 2MP digunakan daripada jenis utama dan untuk ke dalaman. Modul kamera pula menggunakan rekaan yang telah menjadi trend pada Realme, Oppo dan OnePlus. Kamera swafoto terletak pada takuk kecil di skrin dengan sensor 5MP.

Skrin peranti dilindungi dengan Gorilla Glass 3, manakala ntuk sekuriti ia menggunakan kaedah sama dengan peranti Redmi lain iaitu di sisi peranti. Bateri adalah 5000mAh dengan pengecasan asas 18W. Untuk audio ia dilihat hanya menawarkan speaker mono, tetapi bicu audio 3.5mm masih ditawarkan berserta NFC.

Peranti ini memfokuskan pada penggunaan 5G, rekaan moden di belakang bercampur dengan rekaan lapuk di hadapan serta kemampuan kamera 50MP. Redmi menawarkan pilihan warna Graphite Gray, Chrome Silver dan Aurora Green. Jualan di pasaran Malaysia hanya akan diumumkan nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami