Xiaomi Mungkin Sertakan Kamera Berjenama Leica Pada Peranti Akan Datang

Diterbitkan pada Mac 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Leica merupakan salah satu jenama fotografi popular, dan sebelum ini telah disertakan pada telefon keluaran Huawei. Namun, penggunaanya seperti tidak lagi eksklusif, dan telah ditawarkan bersama peranti Sharp sebelum ini.

Kini, hadir laporan baharu mengatakan Xiaomi akan hadir dengan telefon menggunakan teknologi kamera Leica. Untuk makluman, perkara sama turut telah kedengaran sejak tahun lepas.

Namun, kali ini, info ini hadir melalui kod pada aplikasi galeri MIUI, memperlihatkan penyertaan kod-kod berkaitan integrasi Leica.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi apakah peranti pertama Xiaomi yang akan menyertakan kamera berteknologi Leica ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkenaan penggunaan jenama Leica pada telefon pintar Xiaomi tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami