Cari @ Amanz

(Ura-Ura) Xiaomi Mungkin Hadir Dengan Peranti Menggunakan Kamera Leica

Oleh Aman

Link Copied!

Ramai sedia mengenali akan salah satu jenama memfokuskan fotografi, iaitu Leica. Leica sedia bekerjasama dengan Huawei secara eksklusif sebelum ini, tetapi telah mula bekerjasama dengan pengeluar lain – termasuk dengan Sharp, dan turut telah mengeluarkan telefon pintar mereka tersendiri, Leitz Phone 1.

Terbaru, hadir ura-ura mengatakan Xiaomi akan menyertakan teknologi kamera Leica bersama telefon pintar akan datang mereka, Xiaomi 12.

Xiaomi 11 Ultra

Sekiranya benar, maka ia akan terus mengukuhkan lagi kedudukan pihak Xiaomi dalam arena telefon pintar, dan menyakinkan orang ramai mendapatkan telefon mereka disebabkan keupayaan kamera.

Untuk makluman, desas-desus ini bukan sesuatu yang baru, dan telah kedengaran sejak Mei 2021 lepas. Adakah benar kita akan melihat telefon Xiaomi dengan teknologi kamera Leica pada tahun ini?


Komen ()