Twitter Menguji Ciri Ciapan Bersama Untuk Dua Akaun Twitter Kawal Satu Ciapan

Diterbitkan pada Mac 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semakin hari semakin banyak ciri dalam Twitter Blue ditambah. Ada yang sudah ada, dan banyak lagi yang masih dalam ujian. Sebelum ini ada khabar yang Tweetdeck besar kemungkinan akan menjadi ciri eksklusif Twitter Blue dan tidak lagi percuma.

Terkini, Twitter dilihat sedang menguji ciri ciapan bersama untuk seseorang pengguna mengawal ciapan daripada akaun Twitter lain. Ciri ini diberi nama Collaboration dan Co-Authors. Satu akaun boleh menjemput pengguna lain atau sesuatu jenama/syarikat menjadi pemilik bersama untuk ciapan yang dijemput.

Jika jemputan diterima, setiap ciapan itu akan dikongsi kepada pengikut mereka dan pengguna tadi ia akan dipaparkan sebagai pengarang kepada ciapan yang telah diberikan akses bersama. Dengan kata lain dua akaun Twitter lain boleh mengawal satu ciapan bersama.

Cara ciri ini berfungsi adalah pengguna A perlu menjemput jenama atau syarikat X misalnya dan akaun jenama itu perlu mengikuti pengguna A. Selepas jemputan diterima, ciapan pengguna A tadi akan dipaparkan pada kedua-dua akaun untuk semua pengikut lihat dan ciapan ini akan memaparkan kedua-dua nama pengarang.

Jelas di sini ciri ini disasarkan kepada selebriti media sosial yang ingin bekerjasama dengan jenama untuk menaikkan lagi capaian setiap ciapan. Bila ia akan disertakan dan adakah akan kekal terhad dengan Twitter Blue masih tidak pasti?

komen


© Amanz / 2022 Kami