Carian
Sebulan Lagi Untuk Menentukan Amalan Imbas Kod QR MySejahtera Diteruskan Atau Tidak
March 30, 2022 Aman

Khairy Jamaluddin kini menyatakan kerajaan akan mengkaji dan melihat data mobiliti penduduk dan pengembaraan serta jangkitan selepas pembukaan semula sempadan negara bermula Jumaat ini – sebelum membuat keputusan berkenaan proses mewajibkan mengimbas MySejahtera ketika daftar masuk ke sesuatu lokasi diteruskan atau sebaliknya.

Pada hari ini, setiap orang diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera ketika memasuki sesuatu premis – sekaligus memudahkan proses penjejakkan kontak sekiranya berlaku jangkitan.

Sekiranya tiada perubahan pola ketara dalam tempoh sebulan ini, amalan mengimbas kod QR MySejahtera untuk daftar masuk lokasi dikatakan boleh dihentikan.

Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 ini, dan pelbagai pihak akan mula memantau perubahan dari segi mobiliti dan jangkitan sebelum sebarang keputusan lanjutan berkenaan sebarang perkara diambil.

Komen