iQOO 6 adalah peranti baharu daripada iQoo yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dalam laporan sebelum ini, iQoo dikatakan akan mempunyai perubahan kecil sahaja berbanding iQOO 5 Pro. Antara perubahan adalah penggunaan cip lain dan model baharu akan menggunakan skrin yang rata.
iQOO baru-baru ini telah kongsi poster mereka yang mana iQOO Neo6 akan dilancarkan pada 13 April akan datang. Tidak banyak yang didedahkan secara rasmi, tetapi menurut apa yang telah tertiris sebelum ini peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Skrin peranti dikatakan adalah 6.62-inci, bateri 4580mAh dan pengecasan pantas 80W. Peranti juga akan mempunyai memori sehingga 12GB RAM dan akan menjalankan Android 12. iQOO adalah peranti sub-jenama Vivo yang sebenarnya memfokuskan permua.
iQoo juga ada mengacah kehadiran di Malaysia secara rasmi, namun masih tiada perkembangan terkini lagi buat masa ini. Sama-sama kita nantikan.