Cari @ Amanz

Jualan Honor Magic4 Pro Ditangguh Hampir Sebulan Di China

Link Copied!

Honor Magic4 Pro ialah peranti mercu dari Honor dengan sistem kamera yang kompleks serta cip berkuasa Snapdragon 8 Gen 1. Selepas dilancarkan di MWC, ramai yang menyangka jualan peranti akan tiba dengan segera kerana ini yang biasanya dilakukan oleh Honor. Tetapi menurut laporan Gizmochina, jualan Magic4 Pro di China telah ditangguh selama 20 hari.

Ia kini hanya akan mula dijual di China pada 22 April 2022. Pandemik menyebabkan gangguan kepada rantaian bekalan dan ini menyumbang kepada kelewatan peranti dikeluarkan. Sejak dua minggu lalu Shenzen yang merupakan pusat pengilangan Honor telah dikenakan perintah berkurung oleh kerajaan China bagi mengawal penularan Covid-19.

Dengan kelewatan di China, pelancarannya di peringkat global juga pasti akan mengalami kelewatan yang sama walaupun setakat ini tarikh pelancaran rasmi global belum diumumkan. Ia sudah disahkan akan dilancarkan di Malaysia kerana diacah sendiri oleh Honor Malaysia.


Komen ()