Black Shark 5 Dijangka Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Pada Bulan Mei Ini

Diterbitkan pada Mac 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri peranti pintar gaming terbaru keluaran Black Shark, iaitu Black Shark 5 baru sahaja dilancarkan di pasaran China semalam. Black Shark memperlihatkan model Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro.

Black Shark 5 dilihat menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 870, manakala Black Shark 5 Pro menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 gen 1 dengan penawaran memori sehingga 16GB RAM, selain storan sehingga 512GB UFS 3.1 + SSD.

Intelligent Earnings, syarikat pengedar peranti dan aksesori Black Shark di Malaysia telah memberitahu kami bahawa siri peranti Black Shark ini dijangka akan hadir ke pasaran Malaysia sekitar bulan Mei ini. Mereka tidak mengesahkan bahawa samada Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro akan dilancarkan pada masa yang sama, ataupun akan dipisahkan seperti Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro.

BS5Pro

Akan tetapi, mereka turut mengesahkan bahawa untuk pasaran tempatan, siri peranti Black Shark 5 akan hadir dengan ciri Google Mobile Services dan perisian ROM global dan sokongan untuk rangkaian telekomunikasi, khususnya rangkaian 5G tempatan.

Ini cukup menarik sekiranya benar kerana siri peranti Black Shark 4 masih lagi belum diaktifkan sokongann rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini. Setakat ini, tanda harga tempatan untuk peranti ini juga masih belum diketahui lagi.

Akan tetapi, sekiranya benar, ia boleh dikatakan cukup menarik kerana ia dilihat menandakan bahawa peranti Black Shark semakin cepat ditawarkan di pasaran tempatan sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami