OnePlus 10 Pro Berharga RM4199 Di Malaysia – Jualan Bermula 4 April Akan Datang

Diterbitkan pada Mac 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus 10 Pro sudah pun dilancarkan di peringkat global sebentar tadi. Spesifikasi yang ditawarkan dilihat lebih kurang sama dengan versi yang dilancarkan di China Januari lalu. Peranti ini adalah peranti mercu premium OnePlus untuk tahun ini.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.7-inci Fluid AMOLED QHD+ 120Hz dan HDR10+, dijana Snapdragon 8 Gen 1, menggunakan kamera Hasselblad dengan tiga sensor 48+8+50 Megapixel, hadir dengan bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W.

Untuk sistem operasi, peranti ini masih kekal dengan Oxygen OS 12 yang dibina berasaskan Android 12. Agak terkejut yang OnePlus Malaysia dengan pantasnya akan terus menawarkan peranti premium mereka ini untuk pasaran tempatan. OnePlus 10 Pro akan dijual di Malaysia dengan harga RM4199, jualan akan bermula pada 5 April akan datang melalui kedai atas talian mereka di Lazada dan Shopee.

Warna yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah Emerald Frost dan Volcanic Black. Jika anda berminat untuk beli, boleh klik pautan di bawah ini nanti;

komen


© Amanz / 2022 Kami