Cari @ Amanz

Microsoft melancarkan aplikasi Your Phone pada tahun 2018 bagi membolehkan peranti Android dipadankan dengan sebuah komputer Windows. Pengguna boleh menjawab telefon, mengakses teks, berkongsi gambar dan melancarkan aplikasi Android dalam Windows dengan aplikasi ini. Hari ini Your Phone ditukar namanya ke Phone Link.

Phone Link masih lagi menawarkan kesemua ciri yang sama cuma rekaan aplikasi kini lebih selari dengan yang digunakan pada Windows 11. Dengan ini ia kelihatan seperti sebuah aplikasi natif untuk sistem operasi desktop paling terkini Microsoft.

Dengan nama dan rekaan baharu, Microsoft juga mengumumkan sokongan Phone Link pada peranti keluaran Honor iaitu Honor Magic V, siri Magic4 dan siri Magic3. Sebelum ini sokongan rasmi hanya diberikan kepada Surface Duo dan peranti Samsung sahaja. Untuk menggunakan Phone Link sila kemas kini aplikasi dan sistem operasi Windows ke versi terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd