OnePlus 10 Pro baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Global, semalam. Ia merupakan sebuah dengan rangkaian 5G terbina menerusi janaan cip Snapdragon 8 Gen1, di samping beberapa lagi penawaran menarik lain. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM4,199 dan jualannya bermula pada 5 April akan datang.

Pada acara yang sama, barisan aksesori audio OnePlus turut dikemaskini dengan produk baharu. Melaluinya, OnePlus Bullert Wirelss Z2 telah diumumkan dengan rekaaan fon dari jenis dalam telinga bersama angkup leher. Ia turut menyokong ciri sambungan magnetik yang memboleh muzik main balik terhenti secara automatik sewaktu kedua-dua fon telinga disambungkan.
Pemandu audio sebesar 12.4mm digunakan dengan padanan pembatalan hingar aktif berasaskan AI untuk penggunaan lebih baik. Kebolehannya dikatakan mampu untuk mengasingkan suara daripada persekitaran untuk audio lebih jelas. Tambatan pantas adalah menerusi Bluetooth 5.0, di samping turut lengkap dengan penarafan IP55 yang membolehkannya digunakan sewaktu bersenam.

Kawalan adalah menggunakan butang fizikal tersedia, kemudian bateri sebesar 220mAh yang disertakan pula mampu memberi ketahanan mencapai 30 jam penggunaan. Ia bagaimanapun, penggunaan pada laras audio di tahap 50%. Pengecasan semula pula dibuat menggunakan sambungan USB-C dengan masa yang diambil sekitar 10 minit untuk penggunaan mencapai 20 jam.
Untuk harga, OnePlus Bullets Wireless Z2 dijual pada INR1,999 (~RM111). Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Beam Blue dan Magico Black. Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai ketersediannya untuk pasaran tempatan.