Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A51 Menjadi Peranti Android Pertama Dengan Port Lightning

Link Copied!

Ken Pillonel mengubahsuai sebuah iPhone untuk menggunakan port USB-C tahun lalu. Kini beliau mengubahsuai pula sebuah Samsung Galaxy A51 untuk menggunakan port Lighthing. Ini menjadikannya telefon Android pertama menggunakan port yang selama ini eksklusif pada peranti Apple.

Menurut Pilonel, peranti diubahsuai bagi memberi keseimbangan selepas iPhone diubahsuai dengan USB-C. Video pendek di atas menunjukkan pengecasan dan pemindahan data dapat dilakukan seperti normal. Beliau akan berkongsi lebih lanjut secara terperinci bagaimana peranti diubahsuai di masa akan datang.


Komen ()