Carian
Russia Menggantung Kerjasama Di ISS Selagi Sekatan Tidak Ditarik Semula
April 3, 2022 Effi Saharudin

Badan angkasa lepas Rusia Roscosmos telah menggantung kerjasama dengan NASA, Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Agensi Angkasa Kanda (CSA) dalam mengendalikan Stesen Angkasa Antarabngsa (ISS) selagi sekatan yang dikenakan ke atas negara mereka kerana konflik Ukraine tidak ditarik semula.

Penggantungan kerjasama antara Rusia dan negara-negara sekutu ISS akan mendatangkan impak yang besar kerana mereka terlibat dalam penghantaran bekalan, menghantar angkasawan, mengembalikan semua angkasawan dan mempunyai beberapa modul yang penting untuk operasi ISS.

Wakil NASA dan CSA menegaskan mereka masih akan menyokong ISS kerana sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Rusia nampaknya terhad kepada permukaan bumi. Sekiranya keadaan ini berterusan, mungkin hayat operasi ISS yang dijangka tamat pada tahun 2031 dengan ia akan dikuburkan di tengah-tengah Lautan Pasifik.

Komen