Carian
Stesen Angkasa Antarabangsa Akan Dikuburkan Di Lautan Pasifik Pada Tahun 2031
February 4, 2022 Effi Saharudin

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dilancarkan pada tahun 1998 dengan ia mula diduduki tujuh krew angkasawan sejak tahun 2000. Selepas lebih 20 tahun beroperasi, NASA mengumumkan tarikh akhir ISS akan digunakan serta dimana ia akan dikuburkan kelak.

Pada tahun 2030 ISS operasi stesen angkasa akan dihentikan dan pada tahun 2031 pula ia akan dikuburkan di Lautan Pasifik. Sebuah kawasan yang diberi nama Point Nemo akan menjadi tempah sisa ISS berkubur selepas ia dinyahorbit secara kawalan jauh. Tiada isu bahaya kepada penduduk bumi kerana Point Nemo terletak 2687 km dari kawasan berpenduduk.

Dengan ISS tidak lagi beroperasi, NASA akan melakukan penjimatan $1.3 billion setahun pada tahun 2030 dan $1.8 bilion setahun selepas 2033. Dengan belanjawan NASA telahpun dipotong sejak akhir-akhir ini, NASA membenarkan aktiviti komersial seperti pengiklanan dan perfileman dilakukan.

Tahun lalu krew filem Challenge dari Rusia menjadi yang pertama melakukan penggambaran di ISS dengan Tom Cruise akan menyusul tahun ini. Kemudian pada bulan Disember, Uber Eats menghantar makanan ke ISS menggunakan bilionwan Yusaku Maezawa sebagai rakan penghantar.

China telahpun membina stesen angkasa Tianhe mereka sendiri dengan Rusia akan melancarkan stesen angkasa mereka sendiri. Sementara itu NASA akan bekerjasama dengan syarikat swasta Axiom Space untuk stesen angkasa mengorbit bumi dan stesen angkasa The Gateway pula dibian di antara bumi dan bulan untuk menyokong Misi Artemis.

Komen