Cari @ Amanz

Dengan populariti kamera digital, ia sekaligus membawa kepada permintaan filem untuk rakaman gambar semakin berkurangan dari hari ke hari. Ini secara tidak langsung membawa kepada kos pengeluaran yang lebih tinggi berbanding sebelum-sebelum ini.

Terbaru, pihak Fujifilm mengumumkan mereka akan meningkatkan harga jualan filem sehingga 60%. Hal ini kerana sejumlah perkara melibatkan pengeluaran, termasuk kos logistik dan juga bahan mentah untuk pengeluaran. Perubahan harga ini adalah bermula 1 April 2022.

Hal ini sekaligus akan membuatkan mereka yang masih menggunakan dan selesa dengan kamera menggunakan filem untuk mengeluarkan kos lebih tinggi untuk tujuan penggambaran selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd