Cari @ Amanz

Misi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sedikit terganggu selepas Rusia menggantung kerjasama dengan NASA, ESA dan CSA minggu lalu. Tetapi beberapa misi yang telah dirancang masih akan diteruskan seperti biasa. Dalam Misi Rakia yang menggunakan roket SpaceX minggu ini, empat angkasawan swasta di bawah Axiom Space akan memakai helmet angkasa yang aneh.

Helmet ini mempunyai ratusan bintil yang mengandungi 460 sensor EEG mengesan aktiviti otak pemakai. Ia direka oleh firma tunas rintis Brain.Space yang berpangkalan di Israel bagi melihat kesan pengembaraan ke angkasa lepas ke atas otak angkasawan dengan lebih terperinci.

Data yang dikumpul kemudiannya akan dikaji saintis di Ben Gurion University. Beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati jisim putih otak angkasawan mengecut apabila mereka berada di angaksa lepas. Sekiranya manusia ingin mengembara ke cakerawala, kesan ke atas otak dalam perjalanan lebih jauh perlu diketahui untuk memastikan ia benar-benar selamat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd