Perkhidmatan Langganan Telefon Apple Mungkin Bermula Daripada RM148 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kedengaran ura-ura Apple akan menawarkan perkhidmatan langganan iPhone mereka dalam masa terdekat. Menerusi perkhidmatan ini pelanggan hanya membayar sewa bulanan untuk iPhone tetapi tidak akan memilikinya. Ini berbeza dengan skim bayaran bulanan sewa-untuk-beli yang telah mereka tawarkan di beberapa pasaran sebelum ini.

iPhone 13 Pro

Minggu ini menurut laporan Bloomberg, harga langganan yang ditawarkan oleh Apple mungkin bermula daripada $35 (RM148) sebulan untuk iPhone 13. Ia kemudiannya meningkat ke $45 (~RM190) untuk iPhone 13 Pro dan $50 (RM210) untuk iPhone 13 Pro Max.

Untuk menjadikan pelan langganan lebih menarik kepada pengguna, Apple mungkin akan menawarkan berkas bersama Apple One dan Apple Care. Peranti yang dikembalikan selepas tidak lagi disewa kemudian boleh dijual semula sebagai peranti terpakai untuk menjana lebih banyak pendapatan oleh Apple. Apple mungkin melancarkan perkhidmatan ini tahun ini atau selewat-lewatnya tahun 2023.

Sumber – Bloomberg

komen


© Amanz / 2022 Kami