Cari @ Amanz

LG telah menarik diri dari pengeluaran telefon pintar tahun lalu kerana tidak lagi mampu bersaing. Beberapa prototaip teknologi skrin mereka tidak sempat digunakan pada peranti keluaran sendiri. Kini menurut laporan The Elec, mereka akan membekalkan skrin komputer riba OLED boleh-lipat kepada Apple dan HP.

Panel sebesar 17″ apabila dibuka dan 11″ apabila dilipat dengan resolusi 4K dipercayai akan dibekalkan kepada HP. Ia akan menyokong sentuhan dan juga stylus. Bagi mengelakkan kerosakan, permukaan skrin akan diperbuat daripada bahan UTG yang tahan lasak.

Panel untuk kegunaan Apple pula masih misteri tetapi dipercayai adalah untuk peranti hibrid MacBook-iPad yang dijangka tiba sekitar 2025. Sebelum ini LG membekalkan skrin komputer riba boleh-lipat untuk Lenovi ThinkPad X1 Fold.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd