Carian
K-KOMM Mengacah Tablet Yang Akan Ditawarkan Dibawah Program PerantiSiswa
April 4, 2022 Nazrin

Pada 15 April ini, para siswa dan siswazah boleh mula memohon untuk mendapatkan sebuah peranti mampu milik dibawah program PerantiSiswa untuk mendapatkan peranti tablet yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran didalam dan juga diluar kelas.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini dilihat telah mengacahkan tablet yang akan diberi kepada para pelajar tersebut, dan ia dilihat bahawa mereka akan memberi tablet OEM yang lengkap bersama-sama dengan sebuah papan kekunci terbina, memudahkannya digunakan seperti sebuah komputer riba.

Kos untuk sebuah tablet ini tidak diketahui, akan tetapi, beberapa spesifikasi asas seperti saiz paparan dan jumlah memori sudahpun diketahui, dimana ia akan hadir dengan paparan skrin bersaiz 10.1 inci dan memori sekurang-kurangnya 4GB.

Seperti yang dikatakan juga, ia akan hadir dengan papan kekunci, dan menariknya sebuah pena stylus juga untuk meningkatkan produktiviti peranti ini. Spesifikasi lain seperti cip pemprosesan, storan dan juga sistem operasi tidak diketahui buat masa ini, tetapi kami jangkakan maklumat ini akan dikemaskini sebelum program PerantiSiswa dimulakan.

Komen