Samsung Sero adalah televisyen unik yang boleh ditonton secara menegak dan mendatar seperti biasa. Menerusi Sero, kandung video menegak seperti TikTok, Instagram dan YouTube Shorts boleh ditonton pada orientasi yang sepatutnya pada sebuah televisyen pintar. Di acara Unbox & Discover 2022 baru-baru ini, Samsung melancarkan cagak Auto Rotating untuk televisyen QLED terkini mereka.

Cagak Auto Rotating dari namanya ialah cagak untuk televisyen pintar Samsung. Ia boleh memutarkan TV dari kedudukan mendatar ke menegak secara automatik apabila mengesan kandungan video menegak. Samsung menawarkan cagak ini dalam versi yang diletakkan di atas lantai dan juga yang disambungkan terus ke dinding.

Versi lantai menyokong televisyen 45″-55″ Neo QLED 8K dan Neo QLED 4K 2022. Cagak dinding pula menyokong televisyen 43″-65″ Neo QLED 8K dan Neo QLED 4K 2022. Harga belum diumumkan setakat ini.